Wednesday, July 25, 2012

since the last time we met

since the last time i wrote here, many children have been abused.

sorry, no time to update this blog.

Friday, January 21, 2011

Qistina

berita diambil dari: http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/01/ingat-nur-dania-qistina-yang-didera.html


------------------------------------------------------------------------------------------




Ingat Nur Dania Qistina yang Didera Sehingga Mati? Inilah Wajah Tertuduh!



Laporan awal tentang kes ini boleh dibaca di sini.

Hari ini seperti yang dilaporkan oleh Kosmo, sepasang suami isteri didakwa dan bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas dua tuduhan, iaitu membunuh dan mendera Nor Dania Qistina sejak empat bulan lalu.

Norafizan Ludin, 30, dan Dewi Nadia Alias, 25, dituduh menyebabkan kematian Nor Dania Qistina Norafizan, 3, pada 9 Januari lalu. Perbuatan kejam itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17 1/2 Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini di antara pukul 9 pagi, 8 Januari hingga 9 pagi, 9 Januari.

 Tiada sebarang pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor. Norafizan dan Dewi Nadia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua pula, mereka mengaku tidak bersalah mendera kakak dan adik mangsa, iaitu Nor Dania Batrisha Norafizan, 5, dan Danish Irsyad Norafizan, 1, di lokasi yang sama.

P/s: Menyirap darah melihat wajah-wajah tertuduh!




* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

qistina

berita diambil dari : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/ayah-dan-ibu-tiri-nur-dania-qistina.html

--------------------------------------------------------------------------------------------------


AYAH DAN IBU TIRI NUR DANIA QISTINA DIDAKWA MEMBUNUH DARAH DAGING!

Dewi (kiri) dan Norafizan didakwa di mahkamah kerana membunuh Nur Dania Qistina

AYAH dan ibu tiri Nur Dania Qistina, 3 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam atas dakwaan membunuh kanak-kanak itu di rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram.

Pertuduhan ke atas mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukaman mati jika sabit kesalahan. Bagi tuduhan pertama, Norafizan Ludin, 29,  bersama isteri keduanya, Dewi Nadia Alias, 24 didakwa melakukan perbuatan terbabit di antara 8 januari 2011 kira-kira jam 9 pagi hingga 9 Januari 2011.

Bagai tuduhan kedua pula, pasangan itu mengaku tidak bersalah mendera seorang kanak-kanak Melayu, Nor Dania Batrisha Norafizan, 4 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki Melayu Danish Irsyad Norafizan, berusia setahun.

Kematian Nur Dania Qistina mendapat liputan meluas media baru-baru ini. Kanak-kanak malang itu meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 9 Januari lalu.
Add starShareShare with noteKeep unread

    Saturday, January 15, 2011

    derma seikhlas hati - adik nur farha

    berita diambil dari:  http://warta365.blogspot.com/2011/01/rayuan-sumbangan-ikhlas-untuk-nur-farha.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Warta365-BeritaTerkiniSegenapDimensi+(Warta+365+-+Berita+Terkini+Segenap+Dimensi)

    --------------------------------------------------------------------


    RAYUAN Sumbangan Ikhlas Untuk Nur Farha Afifah.


    Nur Farha merupakan anak kepada kakitangan Pejabat Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK) dan telah selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Gleanegal, Pulau Pinang.

    Namun demikian, di sebalik kejayaan pembedahan tersebut, Nur Farha terpaksa menggunakan bateri khas untuk memastikan jantungnya terus berdenyut dan ianya memerlukan belanja yang agak besar. KOs pembedahan sahaja telahpun berjumlah RM45ribu dan ditambah lagi dengan kos bateri yang mencecah RM15ribu.

    Justeru itu, pihak DPPNK merayu kepada mana-mana individu atau organisasi yang pemurah lagi dermawan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluar Nur Farha ini. Sumbangan ikhlas anda boleh diberikan ke akaun Dewan Pemuda PAS Kelantan: 0301 801 0033 272(Bank Islam Cawangan Kubang Kerian).

    Sumbangan anda amat dihargai dan didahului ucapan jazakallahukhairan kathira.

    Terima kasih.

    *Sebarang pertanyaan atau makluman lanjut, boleh menghubungi ditalian 09-7472732, 09-7481131 atau Ust Nazlan Hasbullah (0139270279)

    INI BUKAN RAYUAN UNTUK MENGINAP DI HOTEL ATLANTIS,DUBAI RM100K 1 MALAM..
    Add starShareShare with noteKeep unread

      bapa hempas bayi

      berita diambil dari: http://gambargambarpelik.blogspot.com/2011/01/bapa-hempas-bayi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+HalamanBlogGambar-gambarMenarikDanPelik+(Halaman+Blog+Gambar-Gambar+Menarik+Dan+Pelik)

      -------------------------------------------------------------------


      Bapa hempas bayi

      IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.
      Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang.
      Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam.

      Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah selepas pulang daripada berniaga.“Siasatan awal kami mendapati, ketika pertengkaran itu, suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dan dirawat di HRPB.

      “Selain itu, suspek juga dikatakan turut memukul isterinya dengan menggunakan tali pinggang hingga cedera selain mengugut wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

      Dzuraidi berkata, suspek yang bekerja sendiri kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

      “Suspek kini disiasat atas tiga kesalahan termasuk Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada anaknya serta Seksyen 323 dan 506 mengikut seksyen sama iaitu kerana mencederakan dan mengugut isterinya,” katanya.

      Katanya, pihak hospital memaklumkan anak pasangan itu dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang semalam.

      Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada isteri lelaki itu gagal kerana dia enggan memberi kerjasama disebabkan masih kusut dengan masalah yang menimpa keluarganya.

      Bagaimanapun, tinjauan mendapati bayi itu hanya mampu terlantar atas katil di rumahnya dengan keadaan paha kanan berbalut simen.

      Malah, anak bongsu yang juga zuriat ketujuh pasangan suami isteri itu kerap menangis disebabkan kecederaan yang dialami.
      Add starShareShare with noteKeep unread

        Friday, January 14, 2011

        bapa hempas anak 18 bulan ditahan

        berita diambil dari: http://mejabulatku.blogspot.com/2011/01/bapa-hempas-anak-18-bulan-ditahan.html

         ------------------------------------------------------------

        Bapa hempas anak 18 bulan ditahan

        (Foto hiasan)



        IPOH: Seorang bapa ditahan dipercayai telah mencederakan anak lelakinya berusia 18 bulan di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjui di sini semalam.

        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata lelaki berusia 54 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pada 4 pagi semalam selepas menyerah diri di Balai Polis Jelapang.

        "Mangsa didapati patah tulang peha kanan dikatakan telah dihempas oleh bapanya ke atas tilam di rumah mereka pada Jumaat lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

        Dzuraidi berkata, lelaki itu pulang ke rumah daripada berniaga dan dikatakan berselisih faham dengan isterinya lalu masuk ke dalam bilik dan mencapai tali pinggang dan memukul peha kanan anaknya dan menghempaskan mangsa ke atas katil.

        Katanya, mangsa yang mengalami kecederan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

        "Ibu mangsa yang berusia 38 tahun telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Lelaki berkenaan direman empat hari untuk siasatan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

        Thursday, January 13, 2011

        ibu tumbuk bayi hingga pengsan?

        berita diambil dari: http://lulu-pages.blogspot.com/2011/01/ibu-tumbuk-bayi-hingga-pengsan.html

        ---------------------------------------------------------------------------------------------------


        Ibu tumbuk bayi hingga pengsan?


        Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.
        Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.

        Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.

        “Mangsa dihantar ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanakitu tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

        Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.

        Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya, warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

        “Polis membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental atau tidak,” katanya.

        Menurutnya, wanita itu direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.



        .
        Add starShareShare with noteKeep unread